Friday 7 September 2012

Sambutan Hari Kemerdekaan Tadika Duniaku Ceria

Tadika Duniaku Ceria telah memilih tema Kemerdekaan bagi minggu terakhir bulan Ogos 2012 bermula dari 27-30 Ogos 2012. Pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan tema tersebut telah dijalankan dan murid-murid telah didedahkan dengan maklumat serta konsep kemerdekaan negara. 

Aktiviti berasaskan membuat serta mewarnakan bendera Malaysia dan juga songkok yang melambangkan bendera dapat membuat murid-murid mengenali sekaligus menghormati bendera kita kerana setiap warna yang terdapat pada bendera Malaysia melambangkan maksud yang menggambarkan negara kita yang aman, makmur serta mempunyai masyarakat majmuk. 

Kemuncak tema Kemerdekaan pada minggu tersebut ialah sambutan Hari Kemerdekaan yang diadakan pada 30 Ogos 2012. Anak-anak Tadika Duniaku Ceria seronok sekali menyanyikan lagu-lagu patriotik seperti 'Merdeka' oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad serta 'Jalur Gemilang' sambil mengibarkan bendera serta memakai songkok yang telah dibuat oleh mereka sendiri dengan pertolongan guru-guru mereka yang sangat berdedikasi.

Kami gembira melihat anak-anak ini belajar erti kemerdekaan dalam suasana yang menceriakan.....








No comments:

Post a Comment